The Seven Battle : Pertempuran Ketiga : Penghalang Ibadah
1. Muqaddimah
2. Penghalang Ibadah
a. Dunia
b. Manusia
c. Syaitan
d. Nafsu
3. Dunia
a. Takrifan
b. Bagaimana dunia menghalang
c. Cara berhadapan dengan halangan dunia
4. Manusia
4.1 Kategori manusia yang menghalang
a. Manusia Fasik dan takrifannya
b. Munafik dan takrifannya
c. Kafir dan takrifannya
4.2 Cara manusia menjadi penghalang
4.3 Bagaimana menghjadapi halangan
5. Syaitan
5.1 Sifat Syaitan
5.2 Cara Syaitan menggoda
a. Menghiasi kebatilan
b. Menamakan maksiat dengan istilah yang menarik
c. Menamakan ketaatan dengan istilah yang menakutkan
d. Menggoda melalui kegemaran seseorang
e. Menggoda secara beransur-ansur
f. Menghalang manusia mengikut jalan kebenaran
g. Menyamar seperti penasihat
5.3 Cara berhadapan dengan syaitan
6. Nafsu
5.1 Tingkatan nafsu
a. Ammarah
b. Lawwamah
c. Mulhamah
d. Mutmainnah
e. Radiah
f. Mardhiah
g. Kamilah
5.2 Cara mendidik nafsu
a. Takhalli
b. Tahalli
c. Tajalli
5.3 Proses dalam ketiga-tiga mujahadatunnafsi
Firman Allah Taala Surah Al Hadid, Ayat 20 :
" Dan tidak ada kehidupan di dunia ini melainkan mata benda yang menipu daya semata-mata "
Pertempuran ketiga merupakan pertempuran berhadapan dengan perkara-perkara yang menghalang seseorang muslim dari beribadah kepada Allah SWT. Seperti yang difirmankan Allah SWT, jelas kepada kita terdapat 4 penghalang kepada seseorang Muslim untuk bertaqarub dan beribadah kepada Allah SWT. Keempat-empat penghalang tersebut ialah :
1. Dunia
2. Manusia
3. Syaitan
4. Nafsu
1. Dunia:
Dari Abdullah bin Syukhair, sabda Nabi saw suatu kali, "Anak Adam gemar berkata, 'Hartaku, hartaku.' Padahal, wahai anak Adam, tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu makan lalu kamu buang (lewat berak), tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu pakai lalu kamu mencampakkannya, dan tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu sedekahkan lalu kamu melupakannya (Shahih Muslim, Jilid 4, Hadis no. 2273)
Begitulah dunia yang sering menipu daya manusia sehingga menghalang seseorang manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Apabila terpaut dengan dunia maka lalailah hati dan jiwa untuk beribadah kepada Allah. Kerana yang dicintai bukanlah Allah SWT, tetapi dunia yang sering menjadikan manusia seorang yang rakus. Dunia adalah apa saja yang dilihat cantik mempersona, indah dan ghairah sehingga menafikan akhirat. Kerana kecantikan dan keindahan yang mempesona inilah manusia sering berebut untuk memilikinya sehingga mengenepikan hukum syariat. Tidak hairan kini, berlaku banyak rasuah, perlakuan maksiat dan hiburan tanpa batasan. Kerana tipu daya dunia yang menjanjikan keseronokan yang sementara.
Rasulullah SAW pula bersabda: Dunia ini ialah sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.
Seorang Muslim yang sejati, sepatutnya bertindak selaku khalifah Allah. Sebagai khalifah , dunia ini ditadbir dan diuruskan untuk mentaati hukum syariat Allah SWT. Secara tidak langsung dunia ini menjadi wasilah dan alat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.
Bagi berhadapan dengan tipu daya dunia ini, maka seseorang tersebut mestilah bersifat zuhud. "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Rasululah SAW juga pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah;Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah mencintai karnu, dan zahidlah kanmu akan apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.
2. Manusia
Manusia yang menjadi penghalang kepada ibadah ialah manusia yang sering mengajak seseorang muslim untuk melakukan dosa dan mungkar. Bagi mereka semakin banyak maksiat dan dosa yang mereka lakukan, semakin mereka merasa kepuasan dalam hidup di dunia. Lebih-lebih lagi jika mereka mampu mengajak manusia lain untuk melakukan kemungkaran bersama-sama dengan dirinya. Bagi mereka, inilah kejayaan yang hakiki dan sejati. Manusia menjadi penghalang kepada seseorang Msulim untuk beribadah ada 3 jenis :
1. Islam yang Fasik
2. Munafik
3. Kafir harbi
Surah Al Hasyr : 19 ”Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik “
Dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" diertikan sebagai orang yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama. Fasik juga diertikan orang yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa kecil. Mereka ini melakukan dosa tanpa segan-silu dan rasa bangga. Mereka akan berusaha untuk mencari jalan untuk menghalalkan perbuatan mungkar yang telah menjadi darah daging dalam dirinya.
Surah An Nisaa : 4 “Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.”
Munafik ialah manusia yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran. Sifat mereka menzahirkan Islam agar orang akan mengatakan mereka adalah seorang penganut Islam yang jujur dan ikhlas. Tetapi dalam diam, mereka menghancurkan Islam dengan hati, idea dan tindakan mererka. Mereka menzahirkan Islam, agar orang tertarik kepadanya. Kemudian orang yang tertarik kepadanya disesatkan dan diajak untuk membuat mungkar dan maksiat.
Surah al-Baqarah: 126 “Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka.”
Kafir harbi terutamanya dari kalangan Yahudi dan Nasrani tidak akan senang ke atas umat Islam, selama mana umat Islam tidak menurut cara-hidup mereka.
Dalam menghadapi mereka, maka hendaklah seseorang Muslim :
1. Bersabar dengan kesusahan dan kesukaran yang ditimbulkan oleh mereka.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
3.Beramala dengan ilmu Fardhu AIn dan Fardhu Kifayah
4. Berdakwah kepada mereka
5. Berhadapan dengan mereka sebagaimana mereka menyerang kita. Jika diserang dengan ekonomi kuffar, kita perangi dengan ekonomi Islam berlandaskan syariat.etc
6. Berdoa kepada Allah
3. Syaitan
Al A’raf : 22 , “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata”
Syaitan akan membisikkan keraguan dalam hati kita dan menghasut hati kita untuk engkar kepada titah perintah Allah SWT. Syaitan akan terus berusaha untuk menyesatkan manusia dari mentaati Allah SWT. Syaitan akan meniti di atas sifat mazmumah yang bersarang di dalam diri manusia untuk menyesatkan manusia.
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.
(HR. Bukhari dan Muslim)
SYARAH AL HADIS:
Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.
Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.
Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.
Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.
Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.
Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.
CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:
1. Menghiasi kebatilan.
Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik.
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)
Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain.
2. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :
Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?"
(Thaaha / 20: 120)
Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden, dan sebagainya.
3. Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:
Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:
"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)
Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.
Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah seperti Golongan Ekstremis, Pelampau, Terrorist dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.
Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)
4. Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:
Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).
Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?
5. Menggoda secara beransur-ansur:
Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:
"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)
Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.
6. Menghalang manusia mengikutl kebenaran:
Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.
" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)
Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.
Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.
7. Menyamar sebagai penasihat:
Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar sebagai penasihat.
" Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: " Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ".
(Al 'Araaf / 7: 21)
Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga".
(Al 'Araaf / 7: 27)
Untuk berhadapan dengan halangan yang dilahirkan oleh syaitan ini, maka hendaklah kita :
1. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain.
2. Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan haram.
3. Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya dengan sifat mahmudah.
4. Sentiasa berlapar
5. Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam
4. Nafsu
Surah Yusuf : 53
Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan.
Apa yang bersesuaian dengan nafsu, merupakan apa yang dibisikkan oleh syaitan. Nafsu berada di dalam diri manusia. Kedua-dua syaitan dan nafsu merupakan musuh batin yang terdapat dalam diri manusia. Berbanding dengan musuh yang zahir iaitu manusia fasik, munafik dan kafir, syaitan dan nafsu tidak dapat dilihat, namun bisikan dan kesesatan yang mereka canangkan dalam diri seseorang boleh menyebabkan manusia yang tewas oleh bisikan mereka merana di dunia dan di akhirat. Tewas di medan peperangan melawan Yahudi dan Nasrani belum tentu menyebabkan seseorang terjun ke neraka. Tetapi tewas dengan bisikan syaitan dan nafsu, pastinya mendatangkan dosa dan menyebabkan kita menjadi bahan bakaran di neraka Allah. Wal iya zubillah. Allah menjadikan malaikat mempunyai akal, tanpa nafsu. Allah menjadikan haiwan punya nafsu, tanpa akal. Dan Allah menjadikan manusia memiliki akal dan nafsu. Maka jadilah manusia itu sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Nafsu yang dimiliki manusia ini tidak mungkin di hapuskan. TETAPI nafsu tersebut boleh dididik untuk mentaati Allah. Terdapat 7 tingkatan nafsu iaitu :
1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah
Tingkatan nafsu yang hanya menjamin keselamatan di dunia dan akhirat ialah Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah dan Kamilah.
Bagi berhadapan dengan nafsu Amarah dan mempertingkatkan quality nafsu ke tingkatan yang lebih tinggi, maka seseorang itu hendaklah bermujahadatunnafsi melalui proses mujahadatunnafsi. Proses mujahadatunnafsi ini melibatkan 3 perkara. Yang pertama takhalli, iaitu mengikis/membuang sifat mazmumah(sifat terkeji) dalam diri. Kedua ialah tahalli, iaitu mengisi/menggantikan sifat mazmumah dengan sifat mahmudah (sifat terpuji). Dan yang ketiga tajalli, setelah seseorang telah berusaha mengungkai sifat mazmumah dan bersabar mengisi hatinya dengan sifat mahmudah, maka kemanisan dalam beribadah akan hadir, inilah yang dinamakan tajalli. Untuk melalui ketiga-tiga proses ini, maka seseorang itu hendaklah :
1. Melengkapkan dengan ilmu Fardhu Ain dan beramal dengannya
2. Mengekang sifat mazmumah dan memaksa diri menerima sifat-sifat mahmudah dengan sabar.
3. Kekang bisikan hati, tindakan perbuatan dan percakapan dengan sifat taqwa.
4. Berdoa kepada Allah.
http://www.teratakilmu.co.nr
http://drmatgig.blogspot.com
0 Comments:
Post a Comment
<< Home