Sunday, December 04, 2005

Organisasi Syarikat VS Organisasi Perjuangan

Askum

Salam taaruf. Selamat datang dan salam ukhwah kepada semua. Semoga kita mendapat rahmat Allah.Semoga artikel pembukaan dari saya di ortal Teratak Ilmu ini dapat dimanfaati bersama.

Saya yakin, rata-rata diantara kita pernah mendengar atau terbaca ungkapan berikut :

"Perjuangan yang haq, tetapi tidak bersistem, akan ditewaskan oleh perjuangan yang bathil yang mempunyai sistem"

Jika kita sorot sejenak dalam kehidupan sehari-hari. Kita boleh lihat, perjuangan yang bertemakan maksiat dan mungkar sering mendapat tempat di tengah masyarakat. Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita sering melihat gaya hidup yang bertentangan syariat mendapat tempat di hati masyarakat berbanding gaya hidup muslim. Mengapakah terjadi demikian ?

Jawapannya, ayuh kita intai sejenak satu contoh. Ayoh kita kaji struktur organisasi sesebuah syarikat. Kemudian kita cuba bandingkan dengan realiti yang ada. Semoga kita mampu menimba pengajaran dan iktibar darinya.

Secara amnya, dalam struktur sesebuah organisasi syarikat terdapat 3 lapisan struktur dalam organisasinya. Pertama Jemaah Lembaga Pengarah. Kedua Team Pengurusan. Ketiga Group-group Teknokrat (kakitangan).

Jemaah atau Lembaga Pengarah merupakan lapisan struktur yang membuat dasar syarikat. Segala polisi, target jualan dan keuntungan ditetapkan oleh mereka.

Team Pengurusan pula membuat perancangan dan strategi, untuk mencapai target syarikat di samping mengekalkan polisi dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan. Mereka akan develop atau membangunkan metode atau uslub ke arah mencapai matlamat syarikat. Metode/uslub ini akan dianalisa dari masa ke semasa, sejauhmana keberkesanannya.

Group-group teknokrat atau kakitangan pula bertanggungjawab melaksanakan metode/uslub yang telah digubal oleh Team Pengurusan. Sejauhmana mereka cekap memahami, menggunakan kreativiti mereka untuk melaksanakan uslub tersebut, menentukan kecepatan, ketepatan dan juga kadar kejayaan.

Mari kita lihat di dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan ini, kita suda punya Dasar dan untuk mewujudkan Lembaga Jemaah tidak perlu. Allah SWT telah pun membuat dasar. Dasar-dasar tersebut terkandung di dalam AL Quran dan disampaikan juga secara terperinci oleh sunnah Rasulullah SAW. Bukankah kerja perjuangan kita sudah mudah ? Kita tidak perlu memerah otak demi mencipta sesuatu dasar dan matlamat, kerana apa yang telah dihidangkan oleh Allah melalui firman Nya di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, merupakan suatu dasar yang menjamin matlamat keselamatan dan kesejahteraan didunia dan akhirat.

Dasar-dasar dan matlamat yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, diterjemahkan pula oleh para ulama Mujtahidin. Mereka inilah yang bertindak sebagai Team Pengurusan yang membangunkan metode/uslub perjuangan, agar tidak lari dari dasar dan matlamat perjuangan yang telah digariskan oleh pembuat dasar iaitu Allah Rabbul Alamin.

Setelah metode/uslub ini disediakan, terpulanglah kepada diri kita yang menjadi mujahid/mujahidah untuk melaksanakan metode/uslub perjuangan. Nah !!! Mudah bukan.

Inilah sistem yang perlu kita sedari, fahami, yakini dan amalkan untuk berjuang secara bernizam, secara sistematik, secara bijak. Kerana perjuangan ini bukan untuk orang diluar sana ashaja, tetapi ianya lebih khusus buat diri kita sendiri. Seterusnya kepada keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan akhirnya masyarakat.

Yang menyebabkan sistem perjuangan kita gagal, ialah apabila kita menafikan keupayaan ulamak Mujtahidin dalam membangunkan metode/uslub perjuangan. Sebaliknya kita menceduk metode/uslub musuh-musuh Islam di dalam perjuangan kita. Mana mungkin kita ingin memperjuangkan suatu dasar yang pasti menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat, yang digubal sendiri oleh Allah dan Rasulullah, menggunakan metode/uslub musuh Islam yang memang ingin melihat Islam itu hancur lebur ?

Fikir-fikirkanlah.


http://www.teratakilmu.co.nr

0 Comments:

Post a Comment

<< Home