Wednesday, October 26, 2005

Jom Kita Ukirkan Senyuman DI Wajah Mereka


Askum

Saya memperolehi email ini dari seorang sahabat dari Relexjap yang bertanggungjawab membawakan isu-isu kesusahan dan kedaifan masyarakat di bumi Malaya. Sempena Ramadhan 1426H yang dah tak berapa lama iniini, marilah kita bersama-sama merenung sejenak akan untung nasib saudara seIslam kita yang nasib mereka tidak seberuntung nasib kita sedang kecapi.

Ramadhan yang menjelang menjanjikan 1001 macam jenis tarbiah dan kesedaran. Di bulan yang penuh barokah inilah syaitan-syaitan di belenggu dan nafsu-nafsu dikekang. Sayugialah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan pelajaran dari madrasah Ramadhan yang yhanya muncul sebulan dalam setahun.

Antara tarbiah yang seharusnya dijadikan pakaian hidup ialah sifat "empathy", merasakan kesusahan dan penderitaan manusia yang lain di dalam diri kita. Kesukaran menahan lapar dan dahaga, juga menahan kemhuan duniawi, seharusnya berjaya mendidik kita untuk merasai penderitaan dan kedaifan insan lain yang kurang bernasib baik dari kita. Sifat ini tidak akan dapat dirasai seandainya kita menjalani ibadah puasa tanpa ada rasa tawaddhuk dan hina diri kepada Allah. Seandainya dalam timbangan perasaan kita, Ramadhan yang ke 22 ini masih belum berjaya menjadikan kita insan yang tawadhuk dan empathy, maka usahakanlah dengan segera agar sisa-sisa baki Ramadhan 1426H ini dapat dimanfaatkan untuk mendidik hati kita. Kerana kedua-dua sifat inilah yang bakal membantu kita mengungkai dua sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita iaitu sifat ujub dan riyak. Sifat mazmumah inilah yang menghalang kita untuk berlaku tawadhuk dan rendah diri sesama manusia. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan diri kita suci bagai insan yang telah dijamin syurga lantas kita memandang hina dan berburuk sangka kepada manusia yang lain. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan kita tertipu dalam ibadah kita. Dan yang paling malang, sifat mazmumah inilah yang bakal menjadi asbab untuk kita dicampakkan ke dalam neraka. Wal iyazubillah.

Kepada sahabat yang amat aku hargai persahabatan ikhlas kalian. Mungkin Idilfitri yang bakal menjelang ini akan kita sambut dengan gelak hilai tawa anak-anak, saudara-mara, handai taulan. Tetapi ingatlah, dalam kegembiraan dan kesenangan kita meraikan hari lebaran sambil diulit dendangan lagu raya, ada diantara kita yang meraikan hari lebaran dengan kesedihan dan kesyahduan. Kehidupan mereka yang daif, serta perginya insan yang tersayang, menjadikan hari lebaran merupakan hari yang hambar. Malah tak mustahil jika aku perkatakan, hari lebaran merupakan hari kesedihan dan tangisan buat mereka. Kerana di hari itulah kenangan bersama insan tersayang datang mengundang. Sang isteri terasa kekosongan dan anak-anak hilang tempat bermanja. Jadi, marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan di email, posting, chat room dan conference. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang sahabat-sahabat semua tunjukkan.

Pada Puasa hari ke-18 yang lalu, beserta rakan-rakan dari NGO Pertubuhan Amal Warga Kilang Muslim (Utara)Malaysia, WARGAKILANG.COM, kami bertolak ke daerah Gerik Perak dalam misi Jalan-Jalan Masuk Kampung dibulan Ramadhan. Seperti tahun yang sudah-sudah, misi kami ialah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan daripada rakan-rakan kami di sektor industri kepada insan-insan yang memerlukan.

Adalah beberapa buah rumah yang sempat kami kunjungi,tapi dalam banyak-banyak rumah itu, rumah Nor Atikah(16 tahun) dan 5 orang adik-adiknya di Kampung Alai,Gerik Perak adalah yang paling terasa di hati.
Oleh kerana kami bukannya orang Gerik, maka agak sukarlah juga untuk menjejak alamat rumah beliau seperti yang diberikan kepada kami oleh Guru sekolahbeliau itu, tapi setelah tersesat sana tersesat sini;akhirnya selepas menyusur tepian sebatang anak sungai,sampai juga kami ke rumah mereka.

Ketika kami ke sana, ibu mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja mencari rezeki. Tiap-tiap hari macam tulah, tinggallah mereka 6 beradik take care each other bila ibunya keluar bekerja; mungkin dah jadi macam rutin biasa sejak ibu mereka bergelar Ibu Tunggal sejak kira-kira 4 tahun yang lalu.

Nasib baik berdekatan rumah mereka itu, ada nenek dan tok wan mereka yang sudah agak berusia; maka kepada nenek dan tok wan inilah mereka mengadu nasib bila ibunya tiada bersama-sama.

Oleh kerana tuan rumah (ibu mereka) tidak ada, jadikami ke rumah Nenek mereka minta tolong temankan kami masuk ke rumah tersebut untuk menghulurkan sumbangan berkenaan. Bila kami mula bertanya, macam-macam diceritakan oleh Nenek mereka; seolah-olah sudah lamabeliau menanti seseorang untuk mencurahkan semua rasa yang berbuku di dada.

Menurut nenek mereka (Tok Saadiah), budak-budak 6 orang ini [Nor Atikah dan kembarnya Nor Amirah form 4,Nor Afiqah form 3, Amirul Ashraf darjah 6, AmirulAliyuddin darjah 4 dan Amirul Aizat darjah 1] makan dan minum ala kadar sahaja sejak ibunya bergelar IT 4tahun yang lalu.

Apa tidaknya, ibunya hanyalah bekerja kilang di sebuah kilang kayu berdekatan, pendapatannya adalah dalam RM20 sehari. Kata Tok Saadiah:
"Bayangkanlah, budak-budak ini semua sekolah belaka,belanja sekolah RM15 sehari, duit Van RM4 sehari;semua sekali RM19 sehari....mak dia kerja dapat RM20,tolak sembilan belas ringgit....tinggal RM1. Seringgit itu sajalah yang tinggal untuk belanja dapur makanminum dll"

Makna kata kalau tak ada back-up daripada tok wan dan nenek yang dok kerja kampung itu atau pun sdra mara terdekat, kira memang nazak sungguh la hidupbudak-budak ini.

Patutlah pun, masa kami pi tu, bila kami tanya mana adik-adik depa hat tiga orang lagi tu, Nor Atikah habag budak-budak tu pi tengok TV.....rumah jiran!!

Logik la, dengan pendapatan bersih RM1 sehari, nak beli ikan bilis pun tak lepas, inikan pula nak beliTV!!
Tapi, bila tengok rumah depa, nampak okey la jugak,tapi macam rumah separuh siap saja dengan bata simen tak berplasta dan tingkap nako cermin tak berapa nak sempurna, mungkin tengah dok buat agaknya, belum siap lagi. Bila kami tanya lebih lanjut, Tok Saadiah bagitau, rumah itu adalah hasil daripada duit SOCSO yang diperolehi oleh ibu mereka (~RM10,000) bila mana jari beliau terpotong machine di tempat kerja.

Makna kata, rumah yang Nor Atikah dan adik-adiknya huni itu adalah hasil DARAH ibu mereka yang menitis ditempat kerja, rumah itu adalah duit DARAH ibu mereka yang mungkin terlalu tertekan memikirkan mana lagi nak dicari nafkah harian untuk anak-anaknya itu hinggakan terlupa yang rantaian mesin pemotong sedang menghiris jari jemarinya. Hebat sungguh pengorbanan seorang wanita bernama Ibu, yang sanggup berkorban apa sahaja hatta berkorban darah sekali pun demi mencari nafkah sesuap nasi untuk anak-anak tercinta. Apa-apa pun itu semua mungkin sudah takdir, yang akhirnya dengan hasil darah yang mengalir itu, dapatlah anak-anak beliau menghuni sebuah rumah yang agak selesa walaupun bata simennya tinggal terbuka tidak berplasta.

Bila ditanya kepada budak-budak itu, tahun ini baju raya sudah beli ke belum, cepat-cepat neneknya menyampuk:
"Baju Raya.....hmm, kalau harap mak budak-budak ini,pakai tak pakai baju rayalah budak-budak ini!!"

Tapi, secara ikhlas kami merasakan budak-budak itu tak berapa kisah sangat pasal baju raya, kerana bagi mereka dapat makan minum dan tempat tinggal yang sempurna pun sudah kira alhamdulillah dan lebih dari cukup dah. Cubalah bayangkan, dalam keadaan hidup serba kekurangan bersama seorang ibu berstatus Ibu Tunggal ini pun, budak-budak itu masih boleh ceria dan tidak berapa jauh sangat ketinggalan dalam pelajaran. Misalnya si Nor Afiqah yang dalam form 3 itu, dalampeperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini beliaudapat no 1 dalam tingkatan 3C nya, dan no-17 untuk keseluruhan tingkatan. Mengambil kira latarbelakang keluarga, keputusan macam itu kira sudah okeylah tu!

Bila dok sembang lama-lama dengan budak-budak itu,rasa sedih juga nak melangkah pergi, tapi sebelum itu sempat kami hulurkan barang-barang keperluan dapur dan duit raya sekupang dua buat kegunaan mereka sempena hari raya nak datang ini, dan sempat juga kami berpesan supaya belajar rajin-rajin, kata kami dengan ilmu sahajalah mampu mengubah masa depan mereka bila besar nanti.

Oh ya, sebelum itu saya sempat juga tunaikan zakat fitrah untuk tahun ini di rumah mereka. Dalamperjalanan pulang, seorang sahabat yang turut serta bercerita, tatkala saya menghulur dan meniatkan fitrah itu, beliau nampak jelas manik-manik jernih mengalirdi mata adik Nor Afiqah bt Anuar yang form 3 itu;mungkin kerana jumlah zakat campur wang sedekah yangNGO kami hulurkan itu melebihi pendapatan bulanan ibu mereka; atau pun mungkin itu adalah air mata gembira kerana dengan wang sumbangan yang tak seberapa itu kali ini mereka 6 beradik mampu berhari raya seperti rakan-rakan mereka yang lain, atau pun mungkin juga hati adik Nor Afiqah benar-benar tersentuh kerana walaupun mereka enam bersaudara tinggal nun jauh dipinggir sungai di pedalaman Gerik sana, tapi masih ada insan yang sudi menjenguk keluarga beliau di bulanRamadhan yang mulia ini.

Kami percaya, Nor Afiqah dan kakak serta adik-adiknya tentunya akan lebih gembira jika sekiranya lebih ramai lagi insan-insan perihatin di luar sana yang sudi melawat dan menziarah mereka.

Sesungguhnya, hati kami benar-benar tersentuh melihat ketabahan mereka enam beradik menempuh hari-hari muka dengan keadaan hidup dan pendapatan ibunya yang tidak seberapa. Sekalung tahniah harus diucapkan buat ibu mereka, Pn Maimunah Bt Khairuddin yang begitu tabah membesarkan anak-anak dengan seadanya. Moga sumbangandaripada rakan-rakan kami di sektor industri yang tak seberapa ini akan mampu menceriakan hari-hari mereka menjelang kedatangan Hari Lebaran ini.

Akhir kata, kepada semua pembaca, diucapkan SelamatHari Raya dengan ucapan Di Kala Kita Bergembira Dengan Ketupat Lemang dan Sanak Saudara, Janganlah Lupa, AdaRamai Lagi Insan-Insan Kurang Bernasib Baik di LuarSana Yang Perlukan Perhatian dan Sumbangan Kita.Jenguk-Jenguklah Mereka.
Selamat Hari Raya

Monier_matdin@yahoo.com

[Sesiapa yang berminat ingin mengirim kad Hari Rayakpd 6 bersaudara ini, bolehlah kirimkan kad tersebutke alamat mereka di: Nor Atikah Bt Anuar, No 6D,Kampung Alai, 33320 Gerik Perak]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home