Thursday, August 25, 2005

Perjuangan Yang Belum Selesai ........Darul Tahfiz Sri Al Ain


Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Begitulah antara pesanan almarhum datok saya sewaktu saya masih kecil yang masih basah diingatan saya. Itulah antara kata-kata yang diberikannya oleh almarhum datuk saya, ketika saya bergenang air mata melihat abang-abang, kakak dan rakan-rakan sekampung yang lain ke sekolah. Sedangkan saya masih di rumah kerana kedaifan sebuah keluarga nelayan untuk menghantar saya ke sekolah. Itulah juga antara kata-kata pujukan almarhum kepada saya agar terus tabah, sabar dan redha dengan qadha dan qadar Allah.

Di dunia ini, tidak semua manusia akan menikmati nikmat hidup yang sama. Juga tidak semua akan menghadapi bala bencana yang sama. Begitu juga warna-warna kehidupan yang telah ditentukan Allah sejak azali. Setiap perbezaan ini merupakan suatu hikmah untuk kita berinteraksi sesama sendiri. Kerana tanpa interaksi, maka tidaklah lahir suatu masyarakat yang saling bertolong bantu ke arah kebaikan dan kebajikan.

Untuk itu kepada saudara- saudari sekelian. Izinkan saya untuk memperkenalkan DARUL TAHFIZ SRI AL-AIN ACEH tajaan Yayasan Antarabangsa Sri Al Ain ( didaftarkan di Aceh. Ianya diwujudkan setelah bumi Aceh dilanda bencana Tsunami. Hasil bencana tersebut, ramai anak-anak di bumi Aceh yang telah menjadi yatim piatu. Anak-anak yatim ini telah hilang tempat bergantung sama ada untuk mendapat rezki menumpang kasih mahu pun rezki hidup dan pendidikan. Tidak kurang juga ada di antara mereka dijadikan anak-anak angkat oleh pihak gereja.

Atas dasar persaudaraan Islam, maka DARUL TAHFIZ SRI AL AIN ACEH telah dilahirkan melalui Yayasan Antarabangsa Sri AL Ain. Currently, Darul Tahfiz ini sedang aktif mencari anak-anak yatim piatu untuk tinggal dan mendapat pendidikan di premise tersebut.

Ianya dikendalikan oleh 5 orang petugas ( 2 tukang masak dan 3 warden asrama merangkap Tuan Guru) dengan biaya RM 5000/= sebulan. Bilangan anak-anak yatim piatu pertama dikendalikan sejak ianya mula beroperasi sekitar Februari 2005 ialah 15 orang. Dan bilangan ini terus meningkat. Lot tanah yang diwakafkan oleh salah seorang dermawan seluas 1200 meter persegi tidak mampu menampung jumlah anak yatim yang semakin bertambah. Oleh itu pihak Pengurusan telah membuat keputusan untuk membina kompleks asrama dan sekolah anak yatim yang lebih besar yang mampu menampung 200 orang anak-anak yatim piatu. Seandainya ada di antara saudara-saudari yang berminat untuk menghulur sumbangan amal jariah, ianya amat dialu-alukan. Hasil XPDC ke Darul Tahfiz beberapa hari yang lepas sebelum bertolak ke Jakarta, meyakinkan saya bahawa Darul Tahfiz memang amat memerlukan sumbangan dari anda. Bilangan petugas akan ditambah memandangkan bilangan anak yatim yang dijangkakan mencecah 200 orang sebelum Ramadhan ini.

Misi Sumbangan Anak Yatim Aceh kumpulan XPDC ke 2, akan berlepas ke Aceh pada tanggal 25 August 2005. Jika ada di antara kita ingin menyumbang serta membuat amal jariah, bolehlah menyumbangkan kepada :

DARUL TAHFIZ SRI AL AIN
No Account : 12190013555051
Bank BCBB.
Jika perlu fakskan no slip Bank In ke 03-87394129 beserta nama dan alamat anda untuk kami membuat susulan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi Haji Mat 017-6569938.

Semoga sumbangan saudara-saudari akan dinilai sebagai amal taqwa oleh Allah SWT.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home