Saturday, July 23, 2005

"Bukti Dialog Asaari Adalah Palsu Serta Bertentangan Dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Hahahahaha Oleh Cik_Awae_Dondae

Bukti Dialog Asaari Adalah Palsu Serta Bertentangan Dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Hahahahaha


Quote : sufi_tua@yahoo.com <<<< salah seorang Ahli Taqlid Buta yang tak pernah belajar ilmu Fardhu Ain ( kalau belajar pun , dia tak tahu apa yang dia belajar ) Hahahahahaha
3. Ahli fitnah menuduh Abuya mengadakan dialog antara Abuya dengan Rasul SAW dan dengan sebab ini , pemfitnah menuduh Abuya menjadikan Rasul SAW sebagai Penipu/Pembohong kerana berdasarkan kaset tersebut, Rasul SAW ada menyebut Abuya akan mendapat Daulah dalam tempoh 3 bulan tetapi ini tidak berlaku. Ini JAWAPNYA: Kaset itu memang wujud, masakan TV3 dapat menyiarkannya. Ia adalah skrip perbualan yang dibaca oleh Abuya setelah Abuya beryaqazah dengan Rasul SAW dan bukannya rakaman perbualan secara langsung Abuya dengan Rasul SAW seperti yang di dakwa tukang fitnah. Dalam kaset tersebut ada disebut Rasul SAW bahawa Daulah akan terjadi dalam tempoh 3 bulan. Ini keterangannya. Sekiranya kita baca Al Quran ada ayat yang berbunyi: "Berdoalah kepada-Ku(ALLAH), nescaya Aku akan makbulkan (permintaanmu) itu". Sekiranya seseorang itu berdoa tetapi tidak memperolehi apa yang dihajatnya itu, bolehkah kita mengatakan ALLAH telah berbohong? Tentu sekali TIDAK! Kerana Maha Suci Tuhan daripada berbohong. Cuma Tuhan menangguhkan sahaja pemberian doa itu mungkin kerana dosa-dosa pemohon tadi . Seperti kata wali ALLAH Ibrahim bin Ad-ham, ada 10 perkara yang menjadi sebab Tuhan tidak makbulkan doa seseorang. Begitu juga semasa nabi Musa a.s memohon hujan ketika musim kemarau teruk melanda Bani Israel.Lalu Tuhan menyuruh nabi Musa menghimpun semua umatnya untuk mendirikan solat hajat dan berdoa ,dan selepas itu barulah ALLAH janjikan diturunkan hujan . Tetapi setelah dibuat, hujan masih tidak turun. Adakah Bani Israel menuduh nabi Musa berbohong kerana peristiwa tersebut? Tidak! Hujan itu hanya ditangguhkan ALLAH KERANA MASIH ADA 2 ORANG BANI ISRAEL YANG TIDAK BERTAUBAT DARIPADA DOSA MEREKA. Begitulah juga dengan kes janji Rasul SAW bahawa daulah akan berlaku dalam tempoh 3 bulan. Ia ditangguhkan ALLAH kerana masih ada ahli jemaah yang masih berbuat dosa dan tidak bertaubat daripada dosa mereka. Contohnya seperti ahli fitnah ni.

Jawapan cik_awae_dondae :



Kalau orang yang baca kitab Tauhid paling sempoi iaitu Risalah Tauhid, mereka akan kata kenyataan sufi_tua@yahoo.com ini MENYELEWENG DARI AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.

Antara 20 sifat kesempurnaan yang wajib bagi Allah serta wajib dipelajari dan diyakini oleh setiap orang yang mengaku muslim ialah IRADAH , ILMU dan KAUNUHU MURIDAN.

Antara sifat yang wajib ada pada Rasul serta wajib dipelajari dan diyakini oleh setiap orang yang mengaku muslim ialah SIDDIQ & FATANAH.


Allah akan memakbulkan doa seseorang hamba tetapi perlaksanaan iradah Allah itu tidak dibatasi dan di syaratkan oleh masa, kerana masa adalah makhluk. Wajib bagi Allah bersifat dengan sifat IRADAH & KAUNUHU MURIDAN. Dan wajib atas makhluk meyakini sifat kesempurnaan ini bagi mengesahkan aqidah. Jika seorang muslim tidak yakin akan kesempurnaan sifat Allah ini, aqidahnya tidak sah dan hidupnya tiada beza dengan seorang kafir. Dalam eri kata lain, orang yang keyakinannya dicelahi oleh syak, zan atau wahan tentang sifat kesempurnaan yang wajib ada pada Allah taala, aqidahnya telah rosak dan hakikatnya dia adalah kafir.

Apabila Allah perintahkan Nabi Musa menghimpunkan umatnya dan berdoa, hujan TURUN tetapi bukan pada masa yang dikehendaki oleh makhluk tetapi hujan turun pada masa yang dikehendaki oleh khaliq iaitu Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang berpegang Allah wajib menurunkan hujan pada masa yang dikehendaki makhluk, maka nyatalah aqidah dia telah rosak. Macam mana sufi_tua@yahoo.com mengaji tauhid dengan Asaari ni? Benda sempoi dan perkara asas ilmu tauhid pun tak tahu.

Bukan itu sahaja, dalam MENTAFSIRKAN ayat tersebut pun Asaari dah salah. Tiada doa yang Allah tidak makbulkan. Jika tidak makbul di dunia, Allah makbulkan di akhirat. Sebab itu dalam ayat tersebut tidak disebut batas masa. Sebab iradah dan kudrah Allah itu hak mutlak Allah BUKAN hak makhluk.

Saya dapati Asaari AL Kazzab dan Rufaqa, mudah sangat mentafsir ayat-ayat Quran mengikut cira rasa nafsu sendiri. Serupa jugak waktu dalam Arqam, Asaari suka-suka tafsir ayat pasal kawin poligami, tu yang kerja kawin cerai-kawin cerai. Bila tengok bini dah rebeh dan gendut, boleh trade in dengan perempuan yang lagi muda. . Ni ayat Quran main suka-suka tafsir ikut nafsu, ilmu tauhid main-suka-suka selewengkan ikut nafsu. Apa nak jadi kau orang ni ? Hahahahahaha

Sila buka kitab Al Ibanah Anil Usul Al Diyanah karangan Imam Abu Hasan Al Asyari, dibawah tajuk Qadha dan Qadar, ada dihuraikan dan disyarahkan berkenaan doa makhluk dan qadha & qadar Allah terhadap makhluk NYA. Serta hubung kait Qadha & Qadar dengan sifat Iradah & sifat Kaunuhu Muridan Allah Taala.

Dalam dialog rekaan antara Asaari dan Nabi Palsu rekaan Asaari Al Kazzab. Asaari mendakwa, Rasulullah menjanjikan kepadanya mendapat daulah lagi 3 bulan. Sini kita dah nampak bahawa kesilapan WAJIBNYA factor masa menjadi iradah Allah. Masa adalah makhluk, MUSTAHIL makhluk yang menjadi syarat kepada kudrah dan iradah khaliq. Logik ke, bila kau buat sebuah kerusi, kau kena tanya kerusi punggung siapa yang boleh duduk atas kerusi, logik ke ? Punggung siapa yang nak duduk atas kerusi, hak mutlak orang yg cipta kerusi bukan hak mutlak kerusi. Begitu juga dalam kes ini, masa adalah makhluk, bukan hak makhluk untuk untuk tentukan iradah dan kaunuhu muridannya Allah taala.

Seandainya, pada tahun 1994 seorang bernama Mat Labu berkata kepada sufi_tua@yahoo.com “ Saya berjanji, awak akan jadi Perdana Menteri Malaysia lagi tiga bulan” , sekarang dah tahun 2005, sufi_tua@yahoo.com MASIH belum jadi Perdana menteri sebaliknya menjadi banduan. Pastinya orang yang bernama Mat Labu itu PENDUSTA dan juga MUNGKIR JANJI. Sebab yang dijanjikannya 3 bulan BUKAN 9 tahun.

Kalau begitu, cuba kita gantikan figur bernama Mat Labu dalam kes tadi dengan Nabi. Kenyataan dialog rekaan Asaari jelas menggambarkan Rasulullah SAW seorang pendusta. Ini jelas dan ini juga hukum akal dalam ilmu tauhid. Takkan tak mengaji tauhid ? Ilmu tauhid membabitkan keyakinan.

Adakah Rasulullah SAW Pendusta ? Maha Suci Allah, Allah tidak sama sekali menjadikan nabiNYA seorang pendusta. Mustahil Nabi bersifat dusta. Hanya Asaari Al Kazzab sahaja yang meletakkan Rasulullah SAW sebagai seorang pendusta. Semoga Allah melaknat orang yang mengatakan Rasulullah SAW bersifat dusta di dunia dan di akhirat. Amin YA Rabbal Alamin.

Orang yang belajar dan faham akan ilmu tauhid, akan nampak bahawa dialog tersebut adalah dialog palsu ciptaan Asaari. Malah Asaari sendiri dalam pengakuannya di TV tahun 1994, bahawa dialog tersebut tidak benar, adalah rekaan dan mengaku ianya tipuan syaitan. Tetapi diberi nafas baru semula oleh Asaari Al Kazzab setelah beliau menubuhkan Rufaqa setelah mendapati orang yang mengikutnya semua tak lulus fardhu ain dan jahil ilmu tauhid. ( rakaman pengakuan tersebut ada disimpan di JAKIM )

Cuba buka Kitab Al Ibanah Anil Usul Al Diyanah karangan Imam Abu Hassan Al Asyari di bawah tajuk sifat Siddiq bagi Rasul dan Nabi. Antara huraiannya berkenaan sifat yang wajib bagi Rasul & Nabi ialah SIDDIQ iaitu benar. Dan sifat siddiq ini bukan sahaja siddiq dalam perbuatan tetapi juga perkataan. Atau kata lain, Rasul & Nabi itu adalah sadiqul masduq ( orang yang benar dan apa yang dipertuturkannya adalah benar ). Mustahil Rasul mengatakan dan menjanjikan sesuatu yang tidak terlaksana. Barangsiapa yang mengatakan bahawa Rasul & Nabi sadiq tetapi tidak masduq ( Rasul & Nabi benar tetapi boleh bercakap tidak benar ), ini juga menandakan aqidah yang sesat. Kalau dalam dialog tersebut hanya mengatakan “ Awak akan jadi Perdana Menteri” mungkin kita boleh tawaqquf kerana tiada factor masa. Jadi ianya bila-bila masa boleh terlaksana. Tetapi kesilapan dan kebodohan Asaari Al Kazzab ialah apabila dia memasukkan factor masa dalam dialog rekaannya, secara tidak langsung, orang yang belajar dan faham ilmu tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan nampak kekarutan dan kepalsuan dialog rekaan Asaari Al Kazzab. Secara tak langsung sahihlah ajaran dan fahaman aqidah Asaari mohamad Al KAzzab bertentangan dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Alasan mengatakan “kes janji Rasul SAW bahawa daulah akan berlaku dalam tempoh 3 bulan. Ia ditangguhkan ALLAH kerana masih ada ahli jemaah yang masih berbuat dosa”. Menunjukkan Asaari Al Kazzab cuba menggambarkan Rasulullah bersifat Jahil, dan Allah mustahil bersifat dengan sifat ILMU (mengetahui) sedangkan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah berpegang, sifat yang WAJIB Rasul & Nabi ialah FATANAH iaitu bijaksana dan wajib bagi Allah bersifat ILMU (mengetahui). Dan Nabi & Rasulullah SAW itu berkata berdasarkan apa yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). Takkanlah Allah tu jahil sampai tak tahu yang ada pengikut Asaari Al Kazzab yang terlibat dengan dosa sehingga mewahyukan kepada Rasulullah SAW bahawa Asaari akan jadi perdana Menteri lagi 3 bulan ? Lepastu setelah berlalu 9 tahun, Asaari AL Kazzab masih jadi banduan, takkan kau nak kata “ALLAH TAK TAHU PADA TAHUN 1994, ADA ANAK BUAH ASAARI YANG BUAT DOSA, LEPAS TU ALLAH POSTPONE ASAARI JADI PERDANA MENTERI SETELAH ALLAH TAHU ADA DI KALANGAN ANAK BUAH ASAARI YANG BUAT DOSA“. Inikan mustahil. Siapa yang berfahaman sedemikian dan yakin dengan fahaman demikian, SAHIH MEREKA TELAH ROSAK AQIDAH. Takkan tak baca Quran kau orang ni semua ? Allah Yang Maha Pencipta mencipta alam ini, dan Allah lebih tahu apa yang akan terjadi sejak azali.

Bukannya : tahun 1994 Allah tak tahu ada anak buah Asaari yang buat dosa, lalu Allah wahyukan kepada Rasulullah untuk beritahu Asaari lagi 3 bulan Asaari jadi PM. Lepas tu bila tak jadi PM walau dah 9 tahun, kau orang buat alasan macam cerita tamil tengah mabuk todi.

Cerita yang Asaari ajar kepada anak buah dia dan cerita sufi_tua@yahoo.com ni seolah-olah begini kronologinya :

1. Allah tak tahu ada pengikut Asaari masih buat dosa, dan wahyukan kepada Rasulullah dan Rasulullah SAW beritahu kepada Asaari yang dia akan jadi PM ganti Tun Dr Mahathir lagi 3 bulan.

2. Setelah 3 bulan, Allah baru tahu yang ada pengikut Asaari yang masih buat dosa lalu Allah tak jadikan Asaari PM, lalu Tun Dr Mahathir serah jawatan PM kepada Pak Lah.

Logik ke ? Selaras ke dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah ?

Kalau beginilah fahaman Asaari dan pengikut Asaari, memang wajiblah Pusat Islam dan segala mufti dan segala ustaz-ustaz pondok dan segala umat Islam yang berpegang kepada aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengharamkan Asaari Al KAzzab dan fahamannya sesat dan menyesatkan dan terkeluar dari aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Saya ingin tegaskan sekali lagi, Allah Maha Mengetahui dengan sifat ILMUN NYA, sejak azali apa yang sudah, sedang dan akan berlaku kepada setiap makhluk. Statement yang dikeluarkan oleh Asaari Al Kazzab telah menafikan Allah SWT memiliki sifat Iradah, Ilmun dan Kaunuhu Muridan. Juga menafikan Rasulullah SAW memiliki sifat Siddiq & Fatanah.

Ikut hukum akal pun dan reality sebenar kehidupan manusia, orang bijaksana, sebelum buat sebarang kenyataan, dia akan nilai dulu kewarasan dalam kenyataan. Bukan keluar statement, lepas tu statement tak jadik seperti yang dikatakan. Yang buat statement , tapi statement tak jadi tu BUKAN Rasulullah SAW tetapi Asaari Al Kazzab.Rasulullah SAW itu bijaksana bukannya bangang macam Asaari Mohamad Al Kazzab pengerusi Rufaqa. Alahai, macam manalah agaknya anak-cucu kau orang nanti, kalau mak bapak, ilmu tauhid pun dah tunggang langgang.

Atau mungkin Asaari ini tak guna kitab Imam Abu Hasan Asyari? Tak apa. Kalau dia tak mahu guna kitab Imam Abu Hassan Asyari, kita buka kitab Al Futuhatul Ilahiah yang ditulis pada tahun 1318 M oleh Sheikh Muhamad Bin Abdullah As Suhaimi yang mengasaskan jemaah Tarikat Muhammadiah itu sendiri. Sila buka bahagian Muqaddimah kitab tersebut, muka surat dua. Muqaddimah kitab yang dikarang oleh Sheikh Muhamad bin Abdullah As Suhaimi juga bersetuju dan bersependapat dengan Imam Abu Hasan Asyari. Dari kitab itu juga jelas dan nyata pendirian beliau mengatakan sifat SIDDIQ rasul dan Nabi itu merangkumi sadiqul masduq ( benar dan dibenarkan kata-kata dan perbuatannya). Dan beliau juga bersependapat bahwa WAJIB Rasul itu bersifat dengan sifat Fatanah iaitu Bijaksana. Juga ditegaskan dalam kitab tersebut WAJIBNYA ALLAH bersifat dengan sifat Iradah, Kaunuhu Muridan dan ILMUN. Ini bermakna Sheikh Muhamad Bin Abdullah As Suhaimi berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Imam Abu Hassan Asyari, dan fahaman mereka menolak bahawa rasul & Nabi boleh bersifat Dusta. Inilah pegangan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Persoalan aqidah yang pokok, tidak boleh ada khilaf. Persoalan aqidah yang pokok, tidak boleh ada khilaf. Persoalan aqidah yang pokok, tidak boleh ada khilaf. Iman tidak boleh dicelah oleh syak, wahan atau zan. Iman mestilah satu keyakinan yang putus yang jazam. Kalau ada yang lari dari yang asas walau sedikit, atau dicelahi oleh syak, zan atau wahan, maka rosaklah aqidah.

Jadi begitu, dialog antara Asaari Al Kazzab dan “Nabi Rekaan Asaari” bukan sahaja bertentangan dengan ilmu tauhid Imam Abu Hasan Asyari, MALAH JUGA BERTENTANGAN dengan aqidah pegangang pengasas Tarikat Muhamadiah yang KONONNYA menjadi pegangan Asaari Al Kazzab. ( I don't think Asaari ni pengikut Sheikh Muhamad Abdullah Suhaimi, sebab fahaman aqidah Asaari sudah bertentangan dengan Sheikh Muhamad Abdullah Suhaimi. Asaari ni jual nama untuk tarik orang untuk jadi hamba abdi dia ) Hahahaha

Kalau Asaari Al Kazzab tidak puas hati, sila datangkan satu kitab yang menyangkal ilmu yang disusun oleh Imam Abu Hasan Al Asyari. Sila-sila kemukan kitab yang menafikannya. Dipersilakan. SAYA YAKIN, kesemua kitab ilmu tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan mempunyai pendapat dan fahaman yang sama dengan Imam Abu Hassan Asyari, kerana aqidah ahlus sunnah wal jamaah itu hanya satu. Jadi kalau disuluh aqidah dan tauhid Asaari mohamad Al Kazzab Pengerusi Rufaqa guane ?

Jadi di sini SIAPA YANG JADI TUKANG FITNAH ? Sila sufi_tua@yahoo.com majukan isi kandungan muzakarah ini kepada Asaari AL Kazzab. Saya menantikan jawapan ilmiah dengan sandaran ilmu yang benar. Hahahahaha.Bahasa yang saya gunakan ini bahasa kampung, mudah faham & tak berbelit. Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah. Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)



Jelas dan nyatalah bahawa pegangan Asaari Mohamad Al Kazzab yang menjadi Pengerusi Rufaqa dan para pengikut Rufaqa, secara ilmiah adalah terkeluar dari pegangan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ini adalah disebabkan salah faham mereka terhadap ilmu tauhid sebab mempelajari ilmu bukan dari guru yang haq.

Maka dengan itu saya tidak jemu untuk terus menyeru “KEMBALILAH KEPADA AL QURAN & AS SUNNAH”

P/S - sehingga kini saya masih menanti jawapan dalam bab mana, sub juzuk mana dalam Kitab Jamius Saghir karangan Imam Sayuti membicarakan ciri-ciri Pemuda Bani Tamim ? Begitu juga dalam Kitab hadis mana yang ada menyebut tentang Hadis Pemuda Bani Tamim ?

Saturday, July 02, 2005

Mengapa Manusia Hidup Menurut Islam Part 3

Petikan Dari Artikel My Qalam
Oleh Salina1968

3. Adapun ibadah ketiga yaitu ibadah yang lebih umum yaitu hal-hal yang merupakan pelaksanaan mubah atau harus saja, tetapi boleh dijadikan ibadah dan mendatangkan pahala. Amalan seperti itu dapat menambah bakti kita kepada ALLAH agar setiap perbuatan dalam hidup kita ini tidak menjadi sia-sia. Tergolong dalam amalan-amalan itu seperti makan, minum, tidur, berjalan-jalan, berwisata dan sebagainya.

Semua kegiatan-kegiatan tersebut dapat bernilai ibadah asal memenuhi 5 syarat berikut :

1. Niat yang benar ( hanya kerana Allah). Sabda Rasulullah SAW : "Bahwasanya amalan-amalan itu adalah sah dengan niat dan adalah setiap seorang itu apa yang dia niatkan."


2. Pelaksanaannya benar, (tidak melanggar syariat atau peraturan Tuhan). ALLAH berfirman: "Dan jika mereka berjuang pada jalan Kami (ikut peraturan Kami) sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami (jalan keselamatan) bahwasanya ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)

3. Perkara kegiatan tersebut dibenarkan oleh syariat dan mendapat keredhaan ALLAH, misalnya berdagang makanan, minuman dll. Dalam hal ini Rasulullah SAW memberikan keterangan dalam haditsnya : "Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka adalah yang lebih sesuai dengannya." (Riwayat At tarmizi)

4. Natijah (Hasil) mesti baik dan tidak menzalimi diri dan makhluk Allah. Ini adalah kerana ianya merupakan pemberian ALLAH ataupun nikmat-Nya kepada hamba-Nya. Justeru itu, hamba-hamba yang beroleh rahmat itu wajib bersyukur kepada ALLAH. ALLAH berfirman sebagai berikut : "Jika kamu bersyukur niscaya akan Aku tambah lagi nikmat-Ku kepadamu dan jika kamu kufur sesungguhnya siksaan-Ku sangat dahsyat."

5. Tidak meninggalkan atau melalaikan ibadah-ibadah asas. Jangan sampai dalam kita mengejar kemajuan sampai melalaikan ibadah yang asas.Dua perkara utama yang menjadi ibadah asas ialah rukun iman yang terdiri dari enam rukun dan rukun Islam yang terdiri dari lima rukun. Kedua hal itulah yang merupakan tapak untuk menegakkan segala amalan yang lain. Bila tidak ada kedua hal tersebut sama halnya seperti mendirikan rumah di atas air. Di dalam syariat Islam telah dijelaskan sebagai berikut : "Yang awal di dalam agama ialah mengenal ALLAH Taala." Rasulullah sendiri sangat menekankan begitu pentingnya ibadah yang asas dalam sabdanya: "Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa telah mendirikannya maka dia telah mendirikan agama. Dan barang siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama."

Dari huraian di atas, maka jelaslah kepada kita bahwa ibadah itu bukan sekadar ibadah yang asas atau pun yang melibatkan amalan sunat,malah ianya dalam aspek yang lebih luas terutamanya perlaksanaan Fardhu Kifayah dan ibadah umum. Maju atau mundurnya umat Islam adalah akibat salah faham tentang konsep ibadah itu sendiri. Seandainya mereka sedar bahawa tuntutan ibadah mampu mewujudkan suatu sistem kemasyarakatan melalui tuntutan Fardhu Kifayah, maka akan pasti keindahan Islam itu terserlah.

Namun majoriti daripada kita yang telah dididik dengan sistem sekular dan menerima sistem tersebut dengan hati terbuka sambil mengenepikan syariat dan peranan akal telah menyempitkan ibadah itu. Maka tidak hairan kita temui orang yang mengaku Islam, tetapi sikap amalannya saling tidak tumpah orang yang memusuhi Islam. Seandainya seseorang individu benar-benar mempelajari, memahami, meyakini dan mengamalkan konsep ibadah yang telah dibentangkan, saya yakin tidak ada orang yang mengaku Islam yang akan memusuhi dan menghina Islam. Disini juga sebagai bukti bahawa kegagalan kita membangunkan sistem pendidikan bercorak Islam yang mampu menanamkan roh Islam dalam diri umat.

Oleh itu, kerja kita masih banyak dan perjalanan kita masih jauh. Ayuh kita sama-sama berusaha membaiki diri dan mempertingkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT. Yang paling utama dan pertama kita lakukan ialah bangunkanlah Islam dalam diri kita, disusuli dalam keluarga lantas perjuangkannya ke dalam masyarakat. Untuk ini kita tidak boleh lari dari istilah perjuangan. Dan dalam perjuangan pastinya ada yang terkorban, oleh itu pilihlah salah satu antara dua ; kemenangan atau syahid.

Mengapa Manusia Hidup Menurut Pandangan Islam Part 2

Petikan Dari Artikel My Qalam
Oleh Salina1968

1. Ibadah yang asas merangkum soal-soal akidah dan keyakinan kita kepada ALLAH, para malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari pembalasan, ketentuan dan ketetapan ALLAH baik ataupun buruk. Itulah yang kita sebut rukun iman. Termasuk dalam uraian ibadah yang asas itu ialah rukun Islam yaitu syahadat, solat lima waktu, puasa, zakat dan rukun haji (bagi mereka yang mampu).

Kedua bentuk ibadah yang asas itu yaitu rukun iman dan rukun Islam adalah wajib ain atau fardhu ain bagi setiap mukallaf. Bererti sebelum kita dapat melaksanakan ibadah-ibadah yang lain, kedua perkara itu perlu ada pada diri kita dan telah dapat kita tanamkan dalam jiwa kita. Tanpa keduanya, semua aktiviti yang lain tidak akan dinilai sebagai ibadah.

Rukun iman ( Percaya kepada Allah, percaya kepada Rasul & Nabi, Percaya kepada Malaikat, percaya kepada kitab, Percaya kepada Hari Kiamat, Percaya kepada Qadha & Qadar), wajiblah dipelajari, difahami dan diyakini bagi mengesahkan aqidah keimanan.

Rukun Islam ( Mengucap dua kalimah syahadah, Menunaikan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat, Menunaikan Haji jika berkemampuan ) hendaklah dipelajari, difahami , diyakini dan diamalkan. Setelah ini mampu dilaksanakan, barulah tuntutan ibadah asas terlaksana.

2. Adapun ibadah yang menjadi cabang-cabang dari ibadah asas tadi meliputi perkara yang berkaitan dengan mentajhizkan (menyelenggarakan) jenazah, menegakkan jihad, membangun gelanggang pendidikan dan pelajaran atau mewujudkan perancangan ekonomi Islam seperti mewujudkan perusahaan-perusahaan yang melayani keperluan asas umat Islam.

Termasuklah di dalamnya perusahaan yang dapat menghasilkan makanan asasi umat Islam seperti gula, tepung, garam, kicap dan perusahaan minuman seperti susu, kopi, teh dan bentuk-bentuk minuman ringan lainnya. Selain dari itu di dalam bidang tersebut, termasuk juga penggalakan usaha-usaha pertanian yang akan menghasilkan beberapa makanan asas bagi umat Islam seperti beras, gandum, ubi dsb. serta perikanan yang dapat menghasilkan ikan basah atau ikan kering. Kalau kita lihat dan menilai dari satu sudut, pasti kita akan merasakan bahwa hal itu merupakan persoalan asas dalam perjuangan kita menegakkan ibadah kepada ALLAH. Tentulah kita tidak mahu darah daging kita berasal dari zat yang bertentangan dengan syariat ALLAH, yang pasti mampu merosakkan ibadah asas kita.

Dalam menegakkan bentuk pendidikan dan pelajaran, kita semestinya menitikberatkan hasil mutlak dari acuan pendidikan kita pada jiwa anak-anak yang dibina mulai dari peringkat taska, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke menara gading. Ini perlu dititikberatkan agar lulusannya nanti dapat menyambung perjuangan menegakkan syariat ALLAH. Selain dari itu ibadah yang tergolong dalam cabang-cabang itu ialah membangun klinik dan hospital Islam, serta pembentukan dan penyusunan sistem organisasi dalam negara Islam.

Hal-hal yang termasuk dalam jenis ibadah yang kedua ini dinamakan fardhu kifayah, yaitu fardhu yang menitikberatkan pada soal kemasyarakatan Islam yang juga merupakan urat saraf dan nadi penghubung antara sesama umat Islam.

Hal itu sangat besar ertinya untuk seluruh individu Islam karena bila tidak ada satu orang pun yang mengerjakannya maka seluruh masyarakat itu akan menerima beban dosa dari ALLAH. Namun seandainya ada satu pihak melaksanakan tuntutan fardhu kifayah tersebut, maka pihak itu telah melepaskan tanggungan dosa bagi seluruh masyarakat Islam. Kerana itulah fardhu kifayah merupakan urat nadi penghubung antara sesama Islam.

Cuma masyarakat Islam tidak memahami peranan fardhu kifayah tersebut, kerana itu hubungan ukhuwah Islamiah tidak begitu menonjol di zaman sekarang. Seandainya fardhu kifayah itu dapat memberi makna, sudah pasti kita merasa bersyukur sekiranya ada di kalangan kita yang telah melepaskan tanggungan dosa umum dan sudah pasti kita akan memberikan dukungan kepadanya. Justeru itu tidak akan ada istilah gagal dalam melaksanakan fardhu kifayah. Secara langsung, maka ternafilah andaian-andaian manusia yang jahil tentang agama yang mendakwa ahli-ahli agamalah puncanya masyarakat jumud dan umat Islam mundur kebelakang.

Termasuk dalam ibadah cabang adalah ibadah-ibadah yang disebut sunat ain. Kecil timbangannya tetapi besar maknanya. Tergolong di dalamnya yaitu solat sunat rawatib, solat witir, solat tahajud, solat dhuha, puasa syawal, puasa Senin dan Kamis, bersedekah dan membaca Al Quran. Pelaksanaan ibadah itu mendatangkan pahala sedangkan jika tidak dilakukan tidak akan mendatangkan dosa. Namun karena ibadah itu memberikan manfaat maka lebih baik jika dikerjakan.

Mengapa Manusia Hidup Menurut Pandangan Islam Part 1

Petikan Dari Artikel My Qalam
Oleh Salina1968

Firman Allah Ta’ala

“ Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada KU”
Adz-Dzariyaat : Ayat 56

Berdasarkan kepada ayat di atas, maka jelaslah kepada kita bahwa matlamat utama manusia diciptakan oleh Allah SWT ialah untuk mengabdikan diri kepada NYA. Konsep pengabdian kepada Allah bukan sekadar disokong oleh dalil Al Quran, malah ianya juga disokong oleh hujjah akal.

Ini terbukti, apabila hati nurani kita dapat menerima dan senang seandainya ada yang melabelkan kita sebagai "hamba Allah”

Secara langsung hati nurani dan akal kita merasa senang dan bahagia apabila kita dilabelkan dengan gelaran hamba Allah.

Tetapi, seandainya ada yang datang kepada kita dan melabelkan kita sebagai "hamba Syaitan","hamba Nafsu", "hamba manusia", "hamba dunia"

Secara langsung hati nurani dan akal kita merasa marah dan benci. Fitrah kita tidak boleh menerima kita menjadi hamba selain kepada Allah SWT. Inilah bukti dan dalil, bukan sahaja Allah menegaskan didalam surah Adz Dzariyat ayat ke 56, malah akal dan fitrah kejadian manusia itu sendiri tidak boleh menerima untuk menjadi hamba kepada yang lain kecuali Allah.

Apakah makna ibadah itu sendiri ? Apakah ibadah itu hanya berkisar pada-pada juzuk sembahyang, puasa, zikir dan masjid sahaja ? Apakah benar dengan beribadah maka ianya penyebab kemunduran umat Islam ? Di zaman sekarang ini ramai orang salah tafsir tentang pengertian ibadah yang sebenarnya. Banyak di kalangan mereka berpendapat bahwa ibadah itu hanya menghendaki manusia sembahyang, berpuasa, menunaikan haji, berdoa dan berzikir semata-mata. Apakah hanya itu ruang lingkup pengertian ibadah? Akan terbatas segala syariat Islam sekiranya hanya itu yang meliputi bidang ibadah. Maka tidak hairan, orang mempunyai fahaman sebegini menuduh ibadah itu sebagai punca kemunduran umat Islam.

Sebenarnya ibadah mencakup seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Itulah yang kita amalkan dalam hidup kita sehari-hari asalkan tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. ALLAH menginginkan segala yang kita lakukan dalam hidup menjadi ibadah, yaitu cara kita berpakaian, cara kita mengatur rumah tangga, bentuk perjuangan kita, pergaulan kita, percakapan dan perbincangan kita, semuanya menjadi ibadah, sekalipun kita berdiam diri juga dapat berbentuk ibadah. Di samping itu aspek-aspek lain seperti pendidikan dan pelajaran, perekonomian dan cara-cara menjalankan ekonomi, soal-soal kenegaraan dan perhubungan antarabangsa pun, semua itu mesti menjadi ibadah kita kepada ALLAH. Itulah yang dikatakan ibadah dalam seluruh aspek kehidupan kita baik yang lahir maupun yang batin.

Bagi memperjelaskan uslub atau kaedah bagaimana ingin menjadikan setiap aspek kita menjadi ibadah, maka konsep ibadah ini dapat diuraikan kepada tiga juzuk yang mencakup seluruh aspek kehidupan manusia, yaitu :

1. Ibadah asas ( yang mencakup persoalan rukun iman dan rukun Islam)
2. Ibadah yang menjadi cabang kepada ibadah yang asas ( amalan fardhu kifayah dan amalan sunat)
3. Ibadah umum. ( segala perbuatan, perkataan, amalan seharian manusia dalam kategori mubah atau harus )

.......BERSAMBUNG.......