Saturday, February 25, 2006

Jangan Jadi Lilin, Tapi Jadilah Bulan

BismilLah alhamdulilLah, assalamu'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh,



Pada suatu masa telah datang sekumpulan hamba dari Kota Basrah mngunjungi al hassan, lalu mereka memohon al hassan agar mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba. Lantas al hassan mbalas dgn lafaz istisna' iaitu insyaALLAH. Maka pada JUMAAT berikutnya sedari awal khutbah hinggalah ke phujungnya, tak ada sepatah pun al hassan mnyebutnya.Begitu juga pada JUMAAT2 yg berikutnya.Hinggalah pada suatu JUMAAT baharulah beliau mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba tadi. Maka selesai khutbah tadi, para majikan bersegeralah memanggil para hamba mereka, lalu dibebaskan tanpa tebusan sesen pun. Kemudian matan hamba tadi pun pergi menemui al hassan dan meluahkan kekecewaan mereka. Maka mantan hamba td meluahkan rasa kecewa pada al hassan sebab jika al hassan sampaikan khutbah itu pada JUMAAT yg pertama pastinya pembebasan mereka lbh awal bukan selewat ini. Setelah mndengar luahan kecewa mereka, al hassan pun menjelaskan yang pada JUMAAT yg pertama , beliau tak punya hamba, maka perlu usahakan wang utk mendapatkannya.Manakala pada JUMAAT berikutnya, beliau sudah miliki hamba , tapi.. belum boleh membebaskannya, sbb mmerlukan hamba itu utk mbantunya mnguruskan bbrp urusan.Apabila tlh selesai sgl urusan, maka baharulah al hassan boleh membebaskan hambanya tadi. Kmudian baharulah beliau menyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba td. Apabila matan hamba2 td mndengarkannya, mereka tertunduk malu lalu blalu pergi. Nyatanya al hassan tlh mnebarkan cahaya di KOTA BASRAH , tp bukan ibarat cahaya lilin.



Ulasan saya :



Arwah datuk saya pernah bercerita tentang lilin dan bulan ni. Tetapi arwah datuk saya tak cerita pasal Hassan Al Basri. Dia ceritakan tentang Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi dan Abdullah ibnu Zubair.



Pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah tersebut :



a. Untuk memperkatakan sesuatu, kenalah kita beramal dulu, barulah "masin" apa yang kita perkatakan. Al Hassan untuk memperkatakan bagusnya membebaskan hamba, dia sendiri berusaha mendapatkan hamba dan membebaskan hamba. Di sinilah yang kita perkatakan, amal dulu barulah kata-kata kita berkesan. Tidak cakap serupa bikin. Pengajaran pertama dari kisah tersebut ialah perkatakanlah apa yang telah kita lakukan, sebab amat besar kemurkaan Allah apabila kita memperkatakan sesuatu yang tidak kita amalkan.



b. Pengajaran yang kedua, kita boleh nampak bahwa sifat manusia yang tidak sabar. Mengharapkan sesuatu yang baik, tetapi tidak mampu bersabar untuk memperolehi perkara yang baik. Inilah antara ragam manusia sejak zaman Al AHssan sehinggalah di zaman kita ini. Inilah wajah masyarakat yang bakal dan sedang kita hadapi. Dan inilah antara ujian yang perlu kita hadapi dalam mendidik masyarakat. Berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai kesabaran. Maka untuk itu, diri kita sendiri hendaklah bersabar.



c. pengajaran ketiga, ialah antara wajah masyarakat yang bakal kita hadapi ialah sifat tidak mahu bersyukur. Kita dapat lihat ketidak puas hati mantan hamba, walaupun sudah dibebaskan. Tidak berpuas hati kerana pembebasan mereka terlewat 3 jumaat. Inilah antara wajah-wajah yang kita perlu hadapi. Dan untuk menghadapi mereka, maka diri kita perlua mensyukuri nikmat Allah.



d. Pengajaran keempat, memang jelas membuktikan kata bidalan jangan menjadililin. Al Hassan mempunyai seorang hamba, tetapi kerana ada urusan yang dia tak mampu laksanakan melainkan dengan adanya bantuan sebagai seorang hamba, maka dia tidak membebaskan hambanya itu dan terpaksa menangguh khutbahnya. Dia tidak mahu menjadi lilin. Merosakkan diri dia demi kesejahteraan orang lain yang bersifat sementara. Jika dibebaskan hambanya sedangkan dia ada keperluan lain, maka akan terbantutlah dan mungkin khutbah pembebasan hamba olehnya ditangguhkan lebih lama kerana masalah yang belum dibereskan. Jadi Al Hassan berpandangan jauh. Ditangguhkan pembebasan hambanya, agar boleh disegerakan menyelesaikan masalahnya, secara tak langsung melancarkan dia untuk berkhutbah.



e. Setelah urusan AL Hassan selesai, barulah dia membebaskan hambanya. barulah hatinya tenang berkhutbah, kerana urusan yang menggangu fikirannya sudah selesai dan dia sendiri mjemperkatakan apa yang telah dia laksanakan.



f. Berkenaan lilin dan bulan. Arwah datuk saya pernah berpesan. Jangan menjadi lilin yang membinasakan diri untuk menerangi perjalanan seorang manusia. Sebaliknya jadilah seperti bulan, yang mengambil cahaya matahari untuk mengindahkan dirinya dan menerangi kegelapan malam agar ramai manusia boleh berjalan ke destinasi yang ditujui.



Kita merosakkan diri dengan emnjadi lilin, setelah lilin habis, maka kegelapan menjelma kembali dan kita tidak akan dapat m,enerangi perjalanan walau seorang manusia. Tetapi dengan menjadi bulan. Bulan itu hodoh, tetapi bulan mengambil cahaya matahari untuk menghiasi dirinya dengan purnama. Lantas menerangi kegelapan malam , membantu jutaan manusia dibumi untuk bergerak di malam hari. Dan kitaran bulan akan berterusan sehingga datanglah perintah Allah SWT agar bulan tidak lagi menyinari di malam hari.



Kalau dikiaskan kepada diri manusia dan bulan, dan diri manusia dan lilin. Sebenarnya kita ini lebih hampir kepada bulan. Sebabnya, sejauhmana hodohnya bulan, begitulah hodohnya kita dengan dosa dan kemungkaran. Dan sebijak mananya bulan mendapatkan cahaya matahari untuk menhiasi diri, itulah kiasan manusia yang berusaha mendapatkan cahaya iman walu pernah bergelumang dengan dosa dan kemungkaran. Cahaya keimanan itulah yang akan mengindahkan diri kita bukan saja dipandang mata malah indah juga di mata hati.Bukan itu sahaja, keimanan itu akan digunakan untuk menyinari dunia kegelapan zulumat jahiliah manusia-manusia yang cintakan dunia. Inilah bidalan sinaran rembulan menyinari kegelapan malam dan membantu manusia dibumi bergerak menuju destinasi.



Salahkah menjadi lilin ? Tidak salah. Tetapi pastikan cahaya lilin , dihasilkan oleh lilin bukan pinjaman dari matahari. Andainya kita ingin berkorban dengan membinasakan diri sendiri demi orang lain, pastikan kita sudah mempunyai kemantapan iman. Sebab di hujung sakarat kita, waktu itulah syaitan akan datang berbondong-bondong untuk menyesatkan kita buat kali terakhir. Yang hanya boleh menyelamatkan kita hanyalah iman yang mantap.



Wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home