Sunday, August 28, 2005

NABI ANAK YATIM

NABI ANAK YATIM ( Duet bersama Nowseeheart)

Muhammad...Muhammad...Muhammad...Mustafa
Ibunya bernama Aminah,
Ayahnya bernama Abdullah,
Dilahirkan di Mekkah Mukarramah,
Ibu susunya Halimatus Saadiah,

Ayahnya meninggal dunia,
Tika Nabi di dalam kandungan,
Alangkah sedih pilunya,
Ibunya menjaga baginda,

Muhammad...Mustafa...
Semasa di dalam perjalanan,
Pulang dari Makam suaminya,
Aminah jatuh sakit di Abwa',
Kembali ke alam baqa.

Tinggalah Nabi seorang diri,
Tiada insan yang dikasihi,
Tinggalah Nabi seorang diri,
Mengajar Nabi hidup berdikari.

Anak yatim anak yang mulia,
Dilindungi Allah setiap masa.
Terpadam api biara Majusi,
Runtuhlah istana Kisra Parsi,
Makkah diterangi cahaya putih,
Tanda lahir Nabi anak yatim.

Sollallahu ala Muhammad,
Sollallahu alai wassalam,
Sollallahu ala Muhammad,
Sollallahu alai wassalam.

Hidupnya yatim yatim piatu,
Tiada ayah tiada ibu,
Hidupnya yatim yatim piatu,
Namun dialah manusia agung.

Senilagu & senikata:
Mujahid Abdul Wahab & Jef Hazimin Jaafar.

Hakcipta senilagu & senikata: Gurindam Cipta

Saturday, August 27, 2005

HOUSE OF PEACE

Pada 7 January 2005, dengan rasminya Rumah Aman (ShahAlam) Berhad telah diperbadankan di Malaysia.Berdaftar dengan Suruhanjaya Kebajikan United Kingdom( No Pendaftaran 1102689 ), Rumah Aman (Shah Alam )Bhd memulakan operasi sulungnya di Malaya pada Februari 2005.

Bersama 10 orang petugas, rumah ini menjadi tempatperlindungan bagi 7 orang anak yatim piatu. Disebabkan antara sumber dana pengurusan rumah ini dari sumber zakat, maka pihak kami mencari kanak-kanak fakir-miskin.

Seandainya anda kenal atau menemui anak yatim yangmempunyai ciri-ciri seperti dibawah :
a. Berusia antara 3 hingga 6 tahun.
b. Lelaki
c. Fakir miskin.
d. Anak yatim atau yatim piatu

Silaa maklumkan kepada kami di no telefon 03-55190107 atau faxkan ke 03-55125817. Pihak kami bersedia mengambil mereka dan menjaga kebajikan mereka secara percuma sehingga usia mereka menjangkau 18 tahun.Operasi Rumah Aman (Shah Alam) Bhd bersumberkan zakatdan sedkah fillah. Seandainya ada di antarasaudara-saudari ingin menghulurkan amal jariah dan sedekah, boleh menyalurkannya kepada :RUMAH AMAN (SHAH ALAM) BERHADBANK ISLAM MALAYSIA BERHADNO ACC : 12038010063819

Pihak kami masih mencari 23 orang anak yatim atau yatim piatu untuk projek rumah ini. Kerjasama andaamat kami hargai seandainya dapat membantu kamimencukupkan quota 30 orang anak yatim/yatim piatu bagiprojek ini. Sekian Wsalam. Sila lawati www.rumahaman.com http://drmatgig.blogspot.com

ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN PERLUKAN BANTUAN ANDA

Assalammualaikum

Tolong sebarkan.Gambar diatas memperjelaskan kedaifan yang ditanggung dan dibebani oleh asrama tersebut. Kepada sesiapa yang bersimpati dan ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian seperti butirandibawah.

Assalamualaikum,Saya ingin menyebarkan maklumat tentang asrama tersebut agar ada yang dapat dan ingin membantu.

Asrama merangkumi 3 buah rumah (tengok gambar), satu untuk lelaki, satu perempuan & satu untuk surau / tempat belajar, dan sebuah bangsal yang di gunakan sebagai tempat makan & belajar (tengok gambar).Rumahnya jenis berderet satu tingkat berukuran lebih-kurang 20kaki X 30kaki tiap2 satu,mengandungi:-2 bilek (tengok gambar: padat dengan katil)-1 ruang tamu (tengok gambar: katil lagi & almari)-1 dapur.Asrama ini menempatkan lebih 40 orang kanak-kanak, hampir 20 lelaki, lebih 20 perempuan, antara 6 hingga 15 tahun:- anak-anak saudara baru / orang asli,- anak yatim,- serta anak fakir miskin yang tercicir dari sekolah.

Amat sesak.Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Sentul, KL No 5 Kampung Bandar Dalam 6/4, 51100 Sentul, KL03-4022 2404. Keluar dari MRR2 ke Sentul, bila sampai di lampu isharat belok ke kiri menuju Setapak kalau kanan ke pekan Sentul. Antara 100 ke 200m dari lampu isharat akan sampai ke selekoh tajam ke kanan. Jangan ambil selekoh, tetapi belok kiri ke Kampong Bandar Dalam, "kereta potong" di sebelah kanan. Kemudian ikut papan tanda ke asrama.Asrama ini di tubohkan pada awal 2004. Pengasasnya ialah Ustazah Sharimah Ali (tengok gambar), yang masih mengelolakan asrama tersebut.Dia di bantu oleh beberapa sukarela termasuk suami (En Azman, orang Sentul, peniaga di Pasar Gombak)& saudara-mara suami.Ustazah, suami & saudara-mara tersebut tinggal berdekatan asrama. Ustazah Sharimah memberanikan diri memulakan asrama tersebut tanpa dana yang cukup oleh kerana tidak sanggup tidak membuat sesuatu untuk kanak-kanak tercicir yang dilihatnya di dalam kerja harian & kerja2amalnya.Ustazah Sharimah menjayakan asrama ini dengan sokongan orang ramai.Sekurang2-nya RM5,000 di perlukan sebulan. RM450 X 3 = RM1,350 untuk sewa rumah, baki nya untuk api-air, makan-minum, sewa van sekolah, dan lain2, tak termasuk duit saku ke sekolah, kain-baju, buku2 dan sebagainya. Tiada bantuan didapati dari Kerajaan. Malah pihak Jabatan Kebajikan mengarahkan asrama dipindahkan ke tempat lebih sempurna.Saya yakin tempat sekarang tak akan lulus audit Bomba, Kesihatan & sebagainya. Tetapi, tanpa dana yang cukup & berterusan, tiada pilihan .... nasib lebih 40 kanak2 tak boleh diabaikan.

Saya perhatikan BANTUANYANG AMAT DIPERLUKAN ialah:1. bantuan kewangan berterusan (untuk meneruskan operasi asrama)2. premise yang lebih sempurna-contoh. 2/3 pintu rumah teres dikawasanperumahan (supaya tak ada isu2 bomba, kesihatan dll) termasuk rumah corner lot (perlu kawasan luas)di kawasan Sentul (di mana Ustazah, suami & sukarela berkerja) dekat dengan sekolah (supaya perbelanjaan van dielakkan)3. perkembangan kanak2Tolonglah hulurkan bantuan & sebarkan message ini. Yang ada connection untuk mendapatkan premise / perumahan lebih baik, tolonglah uruskan.

Yang boleh hulurkan kewangan, sila tulis chek atas nama:Persatuan Penyayang Nur Iman dan masukkan ke:Akaun: 227-202-100032-7 AM Finance, Sentul. Yang dapat beri barang makanan asas saperti minyak masak, asam-bawang, makanan tin dan sebagainya, silalah hantarkan ke:Asrama Penyayang Nur Iman KLNo 5 Kampung Bandar Dalam 6/4,51100 Sentul,KL

Yang perlu lebih maklumat sila hubungi:Ustazah Sharimah Ali 019-251 9082.Walaubagaimana pun, apa saja bantuan pasti dialu2kan.ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN (HARAP SEBARKAN)

Assalamualaikum,Baru-baru ini kami telah menziarahi sebuah asrama perlindungan yang menempatkan 45 orang kanak-kanak yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak orang asli, anak yatim serta anak fakir miskin yang tercicir dari sekolah. Anak-anak orang asli ini telah diislamkan di sini dan telah diselamatkan sebelum pihak lain mengambil mereka untuk dikristiankan atau sebagainya.Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur dan dikelolakan oleh Ustazah Sarimah Ali. Kini Ustazah Sarimah menyewa rumah 3 pintu dengan belanja RM1,350 sebulan yang dijadikan 2 buah asrama, sebuah untuk laki-laki seramai 24 orang dan Sebuah untuk perempuan yang seramai 21 orang manakala sebuah lagi dijadikan surau dan pejabat. Kesukaran mendapatkan dana menyebabkan anak-anak ini hidup dalam keadaan yang begitu dhaif, mereka hanya adatempat tidur dan makan sahaja, tidak lebih daripada itu. Keadaan asrama yang begitu sempit, kurang selesa dan hanya berbekalkan katil sahaja menjadi tempat perlindungan mereka setiap hari.Di atas belas ihsan orang perseorangan, di bahagian tepi sebuah asrama tersebut telah dibina satu kawasan seperti garaj parking kereta yang dinamakan "dewan" menjadi tempat anak-anak ini makan dan belajar.Keadaan "dewan" yang begitu sempit berlantaikan simen berpasir kasar Beratapkan zink dan tanpa dinding amat mengharukan dan langsung tidak sesuai Untuk pembelajaran 45 orang kanak-kanak.Keadaan mereka sungguh menyedihkan kalau dibandingkan dengan asrama penyayang lain. Di dalam almari pakaian diperbuat daripada besi yang sudah roboh pintunya dan usang diletakan pakaian harian mereka yang nampak begitu lusuh sekali. Begitu juga dengan kasut sekolah yang begitu usang tersusun di luar asrama menjadikan kami begitu insaf.Menurut salah seorang pengelola yang ditemui iaitu Puan Noraini, mereka baru sahaja mendapat katil daripada Hamba Allah yang perihatin. Sebelum ini mereka semua tidur diatas simen berbekalkan tilam burukaje....Menurutnya lagi, anak-anak ini mungkin ada yang tak biasa tidur diatas katil, tiba-tiba hilang, bila dicari rupanya tidur dibawah katil, orang dah biasa susah..........Alhamdullillah, kami difahamkan setakat ini Ustazah dapat menyediakan makanan untuk mereka setiap hari walaupun berbekal hanya nasi dengan satujenis lauk sahaja. Anak-anak ini tak kisah makan satu lauk sahaja kerana mereka dah biasa susah dan tak makan. Keadaan dapur yang kami lihat amatmenyedihkan dan serba kekurangan. Menurut Puan Noraini setakat inibekalan beras belum pernah putus tapi barang-barang lain seperti bawang, cili,minyak masak dan sebagainya kadang-kadang menjadi masalah bagi mereka.Segalanya bergantung kepada belas ihsan orang ramai.Kami juga difahamkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah datang dan mengarahkan supaya Ustazah Sarimah mencari tempatyang lebih sesuai untuk kanak-anak Asrama Penyayang ini, tetapi memandangkan dana yang terhad amat menyukarkan Ustazah untuk mencari tempat yang lebih selesa. Puan Noraini ada menyatakan sekiranya asrama ini di arahkan di tutup maka nasib anak-anak orang asli ini akan balik semula pada keadaan mereka yang bukanIslam serta anak-anak yatim dan fakir miskin akan hilang tempat berteduhdan tidak dapat terus pergi ke sekolah. Maka dalam keadan yang serba kekurangan ini Ustazah Sarimah meneruskan niat untuk mengendalikan asrama penyayang ini.

Saudara-saudari boleh merujuk artikel berkenaan Asrama Penyayang NurIman ini yang dimuatkan dalam Majalah Anis bulan Jun 2005. Asrama ini memerlukan pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti bantuankewangan, pakaian,pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut sekolah, kasut jalan, alattulis, buku sekolah dan macam-macam lagi...........

Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus Ustazah Sarimah03-40222404 / 019-2519082 atau disalurkan ke akaun AM Finance no.2272021000327.Sekian terima kasih.Ustazah Sharimah

Thursday, August 25, 2005

Ma'had Az Zein Al Makkiy Al A'ly - Tabung Wakaf


Ketibaan kami di Pusat Islam Bogor disambut oleh Kiyai Helmi Zubaidi dan isterinya Ibu Nahdani. Kiyai Helmi yang merupakan nuqabak bagi Jabatan Qismud Dakwah Wal Qiadah di Pusat Islam Bogor terus mengiringi kami ke bilik taklimat. Taklimat berkenaan perkembangan serta pertumbuhan pesantren ( sekolah pondok ) yang berjalan selama satu jam 40 minit dirasakan amat singkat.

Maklumbalas terhadap idea-idea yang pernah kami salurkan kepada pihak Pusat Islam Bogor juga amat memberangsangkan. Penekanan terhadap ilmu dan amal. Menimba ilmu dan terus mengamalkannya merupakan anak kunci kepada "kemerdekaan" bagi seorang muslim. Disamping melakukan ibadah, secara tidak langsung memajukan taraf hidup mereka dan berdikari dari bergantung kepada musuh-musuh Islam.

Selesai taklimat, kami berangkat ke MA'HAD AZ ZEIN AL MAKKIY AL A'LY di Ciampea Bogor, Jawa Barat. Perjalanan dari Pusat Islam Bogor ke Ciampea, tidak sunyi dengan perbincangan ke arah mendidik umat Islam ke arah pengamalan Islam secara syumul, agar generasi yang akan lahir kelak dapat menyambung perjuangan lidah Rasulullah S.A.W.

Ma'had Az Zein Al Makkiy Al A'ly merupakan institusi pengajian Islam dibawah pimpinan Sheikh Ahmad Norrudin Morbu Al Banjari Al Makkiy. Ianya telah beroperasi sejak September 2004 dan telah mendapat pengiktirafan diperingkat BA dan MA.

Pembangunan fasa pertama Ma'had ini adalah di atas tanah seluas 3.5 hektar ( 7 ekar )dan mampu menampung pelajar seramai 150 orang. Bagi tujuan membesarkan institusi ini, pihak Ma'had telah pun melancarkan Tabung Wakaf Ma'had tersebut bagi tujuan menyeddiakan prasarana bagi kemudahan dan pertambahan pelajar. Kadar tanah wakaf yang disediakan ialah RM 30 sekaki persegi ( untuk pembelian tanah, konstruksi bangunan, pendawaian elektrik, kemudah air ).

Seandainya ada diantara saudara-saudari berminat untuk menambah Amal Jariah buat bekalan ke akhirat, kami sangat mengalu-alukan . Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Sekretariat Ma'had Az Zein Al Makkiy Al A'ly seperti dibawah :

Sekretariat Ma'had Az Zein
29, Kampung Borhan, Alor Malai,
05460 Alor Setar , Kedah Darul AMan
Bank Muamalat
No Acc : 0201006720
Mohamad Noeruddin Marbu.

Semoga amal jariah ini berkekalan.
Amien Ya Rabbal A'lamien

Perjuangan Yang Belum Selesai ........Darul Tahfiz Sri Al Ain


Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Begitulah antara pesanan almarhum datok saya sewaktu saya masih kecil yang masih basah diingatan saya. Itulah antara kata-kata yang diberikannya oleh almarhum datuk saya, ketika saya bergenang air mata melihat abang-abang, kakak dan rakan-rakan sekampung yang lain ke sekolah. Sedangkan saya masih di rumah kerana kedaifan sebuah keluarga nelayan untuk menghantar saya ke sekolah. Itulah juga antara kata-kata pujukan almarhum kepada saya agar terus tabah, sabar dan redha dengan qadha dan qadar Allah.

Di dunia ini, tidak semua manusia akan menikmati nikmat hidup yang sama. Juga tidak semua akan menghadapi bala bencana yang sama. Begitu juga warna-warna kehidupan yang telah ditentukan Allah sejak azali. Setiap perbezaan ini merupakan suatu hikmah untuk kita berinteraksi sesama sendiri. Kerana tanpa interaksi, maka tidaklah lahir suatu masyarakat yang saling bertolong bantu ke arah kebaikan dan kebajikan.

Untuk itu kepada saudara- saudari sekelian. Izinkan saya untuk memperkenalkan DARUL TAHFIZ SRI AL-AIN ACEH tajaan Yayasan Antarabangsa Sri Al Ain ( didaftarkan di Aceh. Ianya diwujudkan setelah bumi Aceh dilanda bencana Tsunami. Hasil bencana tersebut, ramai anak-anak di bumi Aceh yang telah menjadi yatim piatu. Anak-anak yatim ini telah hilang tempat bergantung sama ada untuk mendapat rezki menumpang kasih mahu pun rezki hidup dan pendidikan. Tidak kurang juga ada di antara mereka dijadikan anak-anak angkat oleh pihak gereja.

Atas dasar persaudaraan Islam, maka DARUL TAHFIZ SRI AL AIN ACEH telah dilahirkan melalui Yayasan Antarabangsa Sri AL Ain. Currently, Darul Tahfiz ini sedang aktif mencari anak-anak yatim piatu untuk tinggal dan mendapat pendidikan di premise tersebut.

Ianya dikendalikan oleh 5 orang petugas ( 2 tukang masak dan 3 warden asrama merangkap Tuan Guru) dengan biaya RM 5000/= sebulan. Bilangan anak-anak yatim piatu pertama dikendalikan sejak ianya mula beroperasi sekitar Februari 2005 ialah 15 orang. Dan bilangan ini terus meningkat. Lot tanah yang diwakafkan oleh salah seorang dermawan seluas 1200 meter persegi tidak mampu menampung jumlah anak yatim yang semakin bertambah. Oleh itu pihak Pengurusan telah membuat keputusan untuk membina kompleks asrama dan sekolah anak yatim yang lebih besar yang mampu menampung 200 orang anak-anak yatim piatu. Seandainya ada di antara saudara-saudari yang berminat untuk menghulur sumbangan amal jariah, ianya amat dialu-alukan. Hasil XPDC ke Darul Tahfiz beberapa hari yang lepas sebelum bertolak ke Jakarta, meyakinkan saya bahawa Darul Tahfiz memang amat memerlukan sumbangan dari anda. Bilangan petugas akan ditambah memandangkan bilangan anak yatim yang dijangkakan mencecah 200 orang sebelum Ramadhan ini.

Misi Sumbangan Anak Yatim Aceh kumpulan XPDC ke 2, akan berlepas ke Aceh pada tanggal 25 August 2005. Jika ada di antara kita ingin menyumbang serta membuat amal jariah, bolehlah menyumbangkan kepada :

DARUL TAHFIZ SRI AL AIN
No Account : 12190013555051
Bank BCBB.
Jika perlu fakskan no slip Bank In ke 03-87394129 beserta nama dan alamat anda untuk kami membuat susulan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi Haji Mat 017-6569938.

Semoga sumbangan saudara-saudari akan dinilai sebagai amal taqwa oleh Allah SWT.

Tuesday, August 02, 2005

Bantulah Mereka Yang Daif


Assalamu a'laikum.

Mungkin ada diantara kita masih ingat tentang satu artikel yang pernah saya hantar ke group MQ bulan Ogos 2004 yang lalu. Jadi sempena bulan kemerdekaan Malaya yang bakal disambut oleh rakyat Malaya, izinkan saya sekali lagi untuk menghantar artikel yang sama agar kemerdekaan yang telah kita semua kecapi, tidak kita sia-siakan.

Disebalik pembangunan fizikal yang kita hadapi,disebalik kenikmatan kekayaan hasil bumi yang kita kecapi, masih ada dikalangan saudara kita yang muslim, saban hari berlinangan air mata, mengorbankan kehendak hati demi mengejar ilmu yang bakal dijadikan panduan untuk menempoh kehidupan masa hadapan. Oleh itu marilah kita baca dengan hati yang terbuka dan rasa penuh keinsafan. Semoga kita dapat meringankan bebanan mereka untuk terus menuntut ilmu demi masa depan generasi yang akan datang.

Bacalah...semuga membawa keinsafan pada diri......

Jalan-Jalan Hari Merdeka: Sebuah Rumah di Kaki Rimba

Dalam perjalanan seterusnya cikgu Basri membawa kami ke sebuah rumah usang yang terletak nun jauh dipinggir rimba. Rumah yang terletak di penghujung kampong Batu 7 di sempadan Kedah/Perak antara Mahang Kedah dan Bertam Perak ini dihuni oleh adik Nursyuhada15 dan adiknya Syahidah 13 beserta ayahnya Pakcik Usin46 tahun. Ketika mengekori motor cikgu Basri mencari arah ke rumah Pakcik Usin ini, jenuh juga kamiterpaksa berhenti sana sini. Sebabnya ialah kerana cikgu Basri sendiri tak berapa pasti jalan ke situ. Bila cikgu Basri bertanyakan di mana rumah adik Nursyuhada kepada seorang anak muridnya di kampong itu, budak tu cakap:

"Rumah dia...nuuuu...dok jauh dalam hutan nu cikgu!!"Kata Sabki pula sambil melawak: "Tu dia aih, dah la Mahang ini pun depa kata Ulu dah..... Ini duduk didalam hutan pulak di Ulu Mahang....lagi la jenuh!"

Rupa-rupanya apa yang dimelawakkan oleh Sabki itu bukan lawak, memang sungguh pun. Cuba tengok gambar yang disertakan ini; oleh kerana kereta tak boleh masuk, kami terpaksa menapak berjalan kaki meredah denai, jalan dusun dan hutan getah menuju ke sana.Saya tak pasti berapa jauhnya rumah tersebut dari jalan besar, tapi cukup jauh hinggakan anak-anak Wahab yang 2 orang tu (dalam gambar di tepi perigi) mengeluh tanya awat la jauh sangat. Nasib baik cikgu Basri bawa motor, tak payahlah dua orang anak Wahab tu jalan kaki ke sana.

Sesekali meredah pinggir hutan memang menyeronokkan.Bila mendengar bunyi riang-riang dan cengkerik rimba berlawan irama, rasa satu macam ketenangan bermain dijiwa. Lupa sebentar suasana riuh dan sibuknya tempat kerja.

Namun, bagi mereka yang tak biasa dengan suasana denai hutan macam tu mungkin agak gabrah juga; misalnyawaktu tengah dok meredah lorong kecil antara celah-celah hutan getah dan kawasan dusun, ketika seorang sahabat dok cerita pasal bekas-bekas kesan tapak kaki babi yang ditemui, tiba-tibaZASSSS!!!!.....sdra Rashid tiba-tiba mcam terperanjat nak angkat cabut lari. Saya pun tumpang terkejut, dok ingatkan sang Babi, rupa-rupanya sekoq lembu secara tiba-tiba meluru keluar daripada celah-celah semak hutan tu betul-betul di hadapan kami. Terkejut beruk kami!

Jauh juga perjalanan ke rumah pakcik Usin tu, peluh lajugak. On the way, kami ternampak satu bangsal kecik mungkin tempat org tunggu durian atau tempat rehat;kami singgah sekejap melepas penat di situ. Jalan punya jalan, ikut kebun dan jalan hutan, last-last kami sampai juga ke rumah pakcik Usin. Beliau tak adadi rumah, yg ada cuma anaknya adik Nursyuhada 15 tahun dan 2 org teman sepermainannya dari kampong yg sama.

Terkejut juga adik Nursyuhada ini bila melihat rumah ayahnya yg jarang-jarang menerima tetamu tiba-tiba entah sapa-sapa yang datang; dah la muda-muda belaka,ramai pula tu. Nasib baik ada cikgu Basri menerangkan tujuan kami datang.

Rumah ayah Nursyuhada ini nak kata rumah pun, bolehlah kata rumah; tapi bagi sesetengah orang mungkin lebih kurang macam bangsal saja. Bangsal ka apa ka, dirumah inilah pakcik Usin membesarkan Nursyuhada dan adiknya Syahidah sejak 15 tahun yang silam, seorangdiri tanpa seorang isteri di sisi.

Bila ditanya adik Nursyuhada mana ibunya; macam segan saja dia nak cerita. Ibu dan ayahnya sudah lama berpisah seusia beliau masih belum darjah satu lagi.Tinggallah beliau dua beradik dengan ayahnya di situ sementara adik bongsunya yang kini dalam darjah 5 mengikut ibunya.

Ketika kami di sana, ayahnya tiada di rumah kerana tidak seperti majority kita yang dianugerahkan cuti sempena hari Merdeka; pakcik Usin terpaksa bertugas meneruskan kerja hariannya menjual pucuk paku dipekan-pekan berhampiran.

Menurut Nursyuhada, ayahnya cuma ada di rumah selang sehari; iaitu sehari mengutip pucuk paku dan sehari lagi ke pekan menjualnya.

Kadang-kadang bila kelapangan adik Nursyuhada turut sama-sama membantu ayahnya mengutip pucuk-pucuk paku yang kami lihat banyak kedapatan di kawasan berpayaberhampiran, dan antara rutin beliau bila pulang dari sekolah ialah membantu ayahnya mengikat pucuk-pucuk paku mengikut timbangan yang tertentu.

Sekali fikir tentu tekanan hidup yang cuma berayah tanpa ibu di sisi dan terpaksa pula membantu ayah mencari rezeki dalam usia yang masih mentah tentunya mengganggu konsentrasi pelajaran anak-anak ini. Tapi,kami agak terperanjat bila diberitahu yang Nursyuhada ting 3 dan adiknya Syahida ting 1 itu masing-masing mendapat no 3 dan no 5 dalam Peperiksaan yang lalu.Kira hebat sungguh la anak-anak pakcik Usin ini.

Lagi satu, kami naik kagum dan respect dengan keberanian dan kecekalan hati anak gadis dua orang ini. Bayangkanlah tiap-tiap pagi kayuh basikal sejauh 4 batu tunggu bas untuk ke sekolah, meredah jalan hutan di pagi buta dalam suasana subuh kelam yang mungkin masih gelap gelita. Kalau calang-calang orang tak berani punya!

Tabah sungguh nampaknya anak-anak pakcik Usin iniberhadapan dengan realiti hidup; dan tentu tabah lagi ayah mereka yang membesarkan anak-anak tanpa seorang insan bergelar isteri di sisi, tanpa seorang ibu tempat anak-anak mengadu, nun jauh di kaki rimba hanya berbekalkan pucuk-pucuk paku dan hasil hutan sebagai sumber pendapatan. Beliaulah ayah beliaulah ibu untuk anak-anak tersayang.

Kami tak pasti berapa banyak pendapatan bulanan pakcik usin hasil jualan pucuk paku itu, tapi rasanya cukup-cukup makan saja; nak beli benda-benda lainterutamanya belanja persekolahan anak-anaknya itu mungkin kurang berkemampuan.

Bila menjenguk ke dalam rumah, kami dapat rasa anak-anak pakcik Usin memang paham dan cukup paham dengan ketidakmampuan ayah mereka ini. Lihatlah tulisan tangan anak-anak pakcik Usin ini di dinding rumahnya:

Nota Untuk Ayah:

"Cikgu Minta Duit Hari Kantin. Cikgu Minta Duit Yuran(RM20). Bayar Lambat Tak Apa!!"

Tiada kata-kata yang mampu kami gambarkan tatkala menatap tulisan itu, seribu satu keharuan menerpa dilubuk dada. Mungkin itu sudah ketentuan nasib danrezeki anak-anak pakcik Usin dan Pakcik Usin sendiri untuk menerima ujian hidup yang sedemikian. Moga mereka bertiga akan tabah menempuh hari-hari yang mendatang.

Sebelum pulang, sempat kami tinggalkan pesan kepada adik Nursyuhada untuk terus keep it up dengan keputusan cemerlang dalam pelajarannya, moga suatu hari nanti beliau akan mampu jua melangkah keluar daripada kemelut hidup yang sedang dihadapinya.Sebelum itu sempat kami hulurkan barang-barang keperluan harian sebungkus dua beserta duit sumbangan peribadi dua tiga kupang. Dalam hati kami harap duit sekupang dua itu boleh lah kot beliau belikan buku-buku rujukan untuk periksa PMR akan datang.

Dalam perjalanan pulang sempat saya tanyakan kawan-kawan yang lain apa lagi yang mereka nampak yangsaya tak lihat. Kata Rashid atau Wahab, "Kesian depa,tandas pun pakai tibai atas batang Nyior NanSebatang!!"

Tak banyak yang kami bualkan dalam perjalanan pulang meredah jalan hutan yang kami lalui tadi; mungkin masing-masing jadi agak terpana kerana tak sangka dicelah-celah keriuhan mat-mat motor mengibar Jalur Gemilang sepanjang perjalanan kami ke Mahang pagi tadi, rupa-rupanya nun jauh di kaki rimba di uluma hang sana nuu masih ada lagi anak-anak bangsa yang hidupnya sebijik macam kata pepatah Melayu lama: "KaisPagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang".

Moga tulisan ikhlas pengalaman kami menyambut Hari Merdeka yang ke-47 ini akan ada manafaatnya untuk rakan-rakan sekelian. (See attached file:usin2.jpg)(See attached file: usin1.jpg)

Seandainya ada diantara saudara & saudari mempunyai lebihan rezki kurniaan Allah SWT, marilah kita bersama-sama menyumbangkannya buat kedua orang adik ini. Semoga sumbangan saudara-saudari menjadi amal kebajikan dan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal taqwa yang bakal menyelamatkan kita dari menjadi bakaran api neraka.

Sumbangan boleh dibuat melalui Account BSN Giro kedua orang adik tersebut yang dibukakan oleh ehsan Cikgu Rozana, cikgu yang mengajar mereka :

Nur Syahadah Bt Husin Acc No : 08221-29-00008-432-7
Nur Shahida Bt Husin Acc No : 08221-29-00008-433-5