Pada tanggal 7 Ogos 1972, jam 4.35 pagi, sebuah keluarga nelayan telah dianugerahkan seorang cahaya mata ke 5. Kelahirannya diikuti seruan azan & iqamah dari datuknya yang saban hari mendidik para pelajar di madrasah arab disebelah rumahnya, dan di madrasah arab itulah anak ini dididik dengan ilmu agama oleh datuknya. Pahit manis hidup dalam kedaifan sebagai anak nelayan telah mengajar hidup ini erti kesabaran dan keredhaan. Mendapat pendidikan formal di SRK Kuala Besut. Pada usia 13 tahun, anak ini telah melanjutkan pelajaran menengahnya di SM Ugama Sultan Zainal Abidin hingga tingkatan 3, sebelum meyambung pelajaran ke MRSM Jasin, seterusnya ke matrikulasi USM di MRSM Kulim.
Berkat doa dari ahli keluarga, anak ini telah diterima untuk pengajian MBBS di Melbourne. Setelah memperolehi MBBS, pelajaran disambung serentak di bidang MSc & MRCP di Royal College of Surgeon, Ireland sebelum kembali untuk bertugas di Melbourne.